Berdasarkan pemerhatianku selepas 30 tahun menjadi guru. Ada tiga jenis guru. Antaranya ialah Guru Sepenuh Masa, Guru Separuh Masa dan Guru Tiada Masa.
1. Guru Sepenuh Masa
- Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya
- Datang sebelum waktu persekolahan dan pulang tiada waktu yang ditetapkan olehnya.
- Menghabiskan masa membuat persediaan sebelum mengajar
- Memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan seronok
- Sentiasa mencari kelainan dan penambahbaikan untuk dihidang kepada murid
- Menghasilkan bahan untuk memperkara teknik pengajarannya
- Sentiasa bersedia untuk berjumpa anak-anak murid pada bila-bila masa
- Sentiasa sukarela untuk membantu khususnya apa-apa yang berkaitan dengan pengajaran
- Meningkatkan profesionalisme dengan menghadiri kursus jangka pendek sekurang-kurangnya 3-5 tahun sekali
- Tidak mengeluh sebaliknya berfikiran positif
- Tidak mengharap ganjaran APC tetapi sebaliknya untuk membersihkan punca rezeki
- Menampung lompang dengan mengajar lebih masa dan pada bila-bila masa yang pelajar inginkan.
- Sentiasa terbuka tangan untuk menerima masalah pelajar sama ada personal mahupun pelajaran.
- Sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua orang walaupun terpaksa berkorban diri, masa dan wang ringgit.
- Dasar perbualan seharian ialah masa depan anak-anak murid.
(KOMEN ANAK MURID: Terima Kasih CIkgu)
2. Guru Separuh Masa
- Datang tepat pada waktu dan pulang tepat pada waktu.
- Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya pada waktu sekolah
- Membuat persediaan mengajar sebelum masuk ke dalam kelas.
- Yang pasti dia seronok mengajar dan tidak hirau sama ada pelajar seronok atau tidak.
- Sentiasa bercerita tentang diri dan kehebatan dalam kelas untuk memberikan motivasi.
- Menggunakan bahan pengajaran yang sedia ada, kalau tiada air liur pun dah ok baginya.
- Berjumpa dengan anak-anak murid pada waktu persekolahan sahaja kerana waktu di rumah adalah waktu bersama-sama keluarga.
- Membantu tetapi bersyarat.
- Merungut apabila dikehendaki menghadiri kurusus dengan mengatakan sudah dipelajari sewaktu di university.
- Mengeluh dengan sistem pendidikan terkini dan menyetujui sistem pendidikan lalu.
- Mengharapkan ganjaran APC kerana setiap guru berhak.
- Menggantikan masa bersama-sama dengan ganjaran wang.
- Temujanji harus dibuat sekiranya anak-anak murid hendak berjumpa.
- Masa itu emas, aktiviti di luar sekolah digunakan untuk mendapatkan untung supaya kehidupan lebih senang.
- Bercita-cita tidak akan menjadi guru selepas keuntungan aktiviti luar sekolah lebih hebat.
- Dasar perbualan seharian ialah menambah pendapatan
(KOMEN ANAK MURID: Cikgu Tu OK)
3. Guru Tiada Masa
- Datang lewat dan pulang awal kerana ‘oncall’.
- Menerima panggilan dan menjawab panggilan sewaktu mengajar.
- Persediaan masuk ke kelas jika perlu
- Pelajar harus belajar daripada buku kerana buku sumber maklumat.
- Tiada masa bersembang dan bercerita dengan anak-anak murid kerana masa sangat berharga.
- Suka duduk di hadapan kelas dan hanya murid bermasalah sahaja berjumpanya di hadapan kelas.
- Hal sekolah di sekolah, Hal rumah di rumah.
- Tiada masa membantu kerana sibuk mengangkat panggilan telefon.
- Meminta orang lain menggantikan kursus yang sepatutnya dia hadiri dan sanggup memberikan ganjaran.
- Sistem Pendidikan Negara sepatutnya berubah.
- Tidak mengharap ganjaran kerana sumber kewangan kukuh, katanya.
- Wang sangat berharga, hendak dapat cari sendiri.
- Mengajar di dalam kelas sudah mencukupi.
- Masa itu emas, keuntungan ada di kuar sekolah.
- Tidak akan meninggalkan bidang keguruan kerana kalau perniagaan bankrap boleh menanggung kehidupan pada masa depan.
- Dasar perbualan seharian ialah tiada masa.
(KOMEN ANAK MURID: Tak Ingatlah Cikgu Yang Mana)
Sekadar renungan. Di manakah kedudukan anda? Keberkatan dan Kemenjadian anak-anak adalah hasil daripada keberkataan bekerja.
No comments:
Post a Comment